Tuesday, February 17, 2009

kata2 ku

"Aku bukan INSAN yang berbicara melalui MULUT, tapi MELUAHKAN melalui TULISAN..segalanya lebih mudah diluahkan kerana PENGALAMAN itu memberi ERTI pada hati dan minda..MEMORI dan KENANGAN boleh diimbas dengan PEMBACAAN,agar AKU sentiasa MENGINGATInya dan sentiasa DIPERINGATI dengan KATA-KATA sendiri..MENULIS kerana merasakan DIRI JAHIL, dan MENULIS kerana ingin TERUS MEMPERBAIKI KELEMAHAN diri..MENULIS untuk MELUAHKAN segalanya...MENULIS bukan untuk SESIAPA, bukan KERANA SESIAPA,bukan untuk APA-APA,tapi kerana HATI dan MINDA yang mendesak JARI untuk MENULIS..kerana ALLAH memberikan nikmat untuk AKU MENULIS..selagi tak bertentangan dengan SYARIAT,izinkan aku untuk MENULIS..andai tersasar HALUANku,pandulah diriku ke arah cinta Ilahi..SALAM PERJUANGAN.."........ "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI

rEnUnGaN Dr ShAbAT Ku - AkHi sAni

Antara kata2 dr shabat yg diucapkan berdasarkan pngalaman adalah menarik utk dimanafaat,agar mndidik dan memberi perubahan dlm pembentukkan diri iaini hijrah pd perubahan diri:-
Dunia bagai bayang-bayang makin dikejar makin makin menghilang dan makin gelap kita daripada cahaya ukhrawi. Kesibukan ana kadangkala melalaikan ana daripada maksud sebenar kita dihantar ke muka bumi ni. Berbalik kepada kiriman anta, ana tidak ada resepi yang istimewa cuma dari dulu, ana di dedahkan di asrama sekolah menengah melalui penceritaan oleh senior-senior dan kawan yang bagus2 tentang kehidupan rasulullah. walau diri masih jauh ketika itu, dengan tidak pandai bersolat, tidak pandai mengaji dan pernah diumumkan di surau asrama antara 2 orang yang jahil tentang agama, namun semua itu adalah titik mula kepada pencarian kepada cahaya kebenaran. Ibu ayah tak mampu didik ana lalu ana dihantar ke sekolah berasrama yang jauh daripada gelombang kemungkaran supaya dapat belajar agama dan mengelak daripada terjerumus ke lembah maksiat di kawasan gelap di kedah. Dari sehari ke sehari jiwa agama semakin memuncak hinggakan pada saat dalam pemilihan jodoh, ana sangat cerewet dengan cuba memenuhi kehendak rasulullah. Dengan berkat bekal doa diketemukan jodoh yang baik untuk diri ana, baik untuk keluarga ana, baik untuk agama ana, baik untuk perjuangan agama ana dan baik untuk ummat Nabi Muhammad, akhirnya dengan kehendak Ilahi, jodoh ana ketemu juga. Kata para alim, jika ingin mendapat zuriat yang baik maka ia hendaklah bermula dengan ibu kepada zuriat tersebut. Dan ada juga yang menyebut ia bermula daripada kita sendiri. Ana bukanlah seorang yang alim atau apa yang sama dengannya tetapi kehendak yang tinggi untuk mendapatkan kehidupan bekeluarga yang berlandaskan Islam dimana salah satu daripada pembaikan ummat ini adalah bermula di rumah, mungkin jawapan kepada apa yang anta ingin tahu. Sokongan, dorongan, galakan, imbuhan, amaran dan kecaman daripada Allah, Rasul, keluarga, masyarakat dan diri kita sendiri adalah perlu dalam permulaan dan seterusnya dalam mengekalkan perubahan yang baik. Ana lihat kecantikan zaujah ana di luar adalah dalam melengkapkan hijab auratnya dengan tambahan sehingga ke sebahagian daripada mukanya. Dan itu apa yang ana selalu ngiangkan ke telinga zaujah ana bila berkelapangan. Semoga Allah kekalkan kita dalam taufik dan hidayahNya supaya kita sentiasa beramal dengan kehendak Allah dan RasulNya. Salam.